top of page

Ayat-ayat Pendinding

 

Surah Yaasin ayat 9

وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

 

Surah Hud ayat 57

إِنَّ رَبِّى عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَفِيظٌ۬

Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu.

 

Surah At Thoriq ayat 4

إِن كُلُّ نَفۡسٍ۬ لَّمَّا عَلَيۡہَا حَافِظٌ۬ 

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya).

*di baca setiap kali sebelum masuk rumah, sebelum memberi salam

 

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang mulia dari kejahatan makhlukNya

(Riwayat Muslim)

*di baca setiap hari dan setiap kali singgah pada suatu tempat

 

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ

Dengan nama Allah dan dengan NamaNya juga tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan sesuatu yang di bumi mahupun di langit. Dia maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

(Riwayat Abu Daud, At Tirmizi dan Ahmad)

*di baca sebelum solat Subuh 3 kali dan sesudah solat Asar 3 kali

Ayat-ayat Syifaq (Penyembuhan)

 

Surah At Taubah ayat 14

وَيَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمٍ۬ مُّؤۡمِنِين

Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

 

Surah Yunus ayat 57

وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ

Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu

 

Surah An Nahl ayat 69

يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاس

 (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).

 

Surah Al Isra’ ayat 82

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman

 

Surah As Shua’ara ayat 80

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ 

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku

 

Surah Al Fussilat ayat 44

قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدً۬ى وَشِفَآءٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman

Pembacaan Ruqyah Syariah oleh Sheikh Saad al Ghamdi

Saya doakan semoga yang mendengar ini akan beroleh manfaat kesembuhan dengan izin Allah swt. 

Aamin Ya Rabbal 'Alamin

Anda perlu dalam keadaan tenang kerana ketenangan itu milik Allah swt.

Harap diam dan dengar dengan penuh fokus serta penuh kesungguhan, jika terasa mual muntahkan sahaja ianya keluar. Anda juga boleh gunakan tangan anda dan urutkan ianya keluar sebagai ikhtiar dari anda. 

bottom of page