Bahaya mempelajari dan mengamalkan ilmu-ilmu syirik seperti pendinding, penggerun, kebal dan sebagainya.
Ini termasuk juga penggunaan makhluk-makhluk halus untuk menyempurnakan hajat-hajat masing-masing. Risikonya amat tinggi :
1. Pada agama, akidah dan keimanannya.
2. Pada diri sendiri, akan merosakkan system badannya. Pinggang akan terasa sakit dan mudah sakit dada.
3. Keluarga akan menjadi kocar-kacir, rumahtangga akan rapuh dan anak-anak akan menjadi liar
4. Keluarga akan mudah jatuh sakit dan mendapat penyakit yang berat
Dari Firman Allah swt dalam Surah Al Jin ayat 6,
وَأَنَّهُ ۥ كَانَ رِجَالٌ۬ مِّنَ ٱلۡإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ۬ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَزَادُوهُمۡ رَهَقً۬ا
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Untuk pengetahuan anda golongan jin akan mengikuti kelakuan orang itu. Jika orang itu sombong maka akan jadi lebih sombong lagj jin tersebut manakala jika orang itu mempunyai sifat degil maka akan jadi lebih degil lagi jin itu lebih-lebih lagi apabila di suruh keluar dari badan tuannya itu. Sukar untuk kita kenal pasti samada itu adalah orang itu sendiri ataupun bukan. Apatah lagi bila seseorang itu memang secara sengaja mengambil mereka sebagai pendinding, penggerun, pelaris atau apa sahaja alasannya.
Biasanya untuk memantapkan lagi ilmu-ilmu sebegini, orang itu akan berlagak sombong, keras hati dan panas baran. Ada ilmu-ilmunya yang syaratnya memerlukan mereka menjaga solat mereka namun rata-rata kita lihat mereka akan abaikan solat. Yang mereka selalu jauhkan adalah menghadiri kematian atau melawat orang sakit kerana itu akan menimbulkan keinsafan pada orang tersebut. Sangkaan mereka, ilmu-ilmu mereka akan lemah atau tidak akan ampuh jika menghadiri majlis-maljis sebegini.
Oleh kerana mereka yang membenarkan golongan jin ini memasuki badan mereka, maka kita akan lihat nanti sifat mereka bertukar menjadi aggressive, kasar dan tidak terkawal emosi mereka. Kemarahan mereka sangat meluap-luap. Anak-anak serta isteri jadi korban kemarahan mereka. Di pukul bantai isteri serta anak-anak, pintu di tendang pecah, cermin di tumbuk bersepai dan sebagainya. Sedikit sahaja masalah akan bertukar menjadi begitu besar sekali.
Lama kelamaan andaikata kemarahan itu tidak dapat di bendung, akan merosakkan dirinya sendiri, kesihatannya, rumahtangganya dan akhirnya berlaku lah penceraian, motif yang paling di gemari golongan jin.
Jin golongan ini sebenarnya telah terbiasa dipelihara dengan beberapa penyembahan "amalan" syirik. Mesti ada imbalan yang perlu di tunaikan oleh si penerima itu, ikut besar mana hajatnya itu. Ada 2 kes berasingan yang saya kendalikan mengenai bapa mereka mengambil barang agar mudah kena nombor ekor. Anak-anak pula yang jadi korban "sacrifice", mendapat kemalangan teruk sehingga lumpuh anggota badannya dan pergerakkan mereka amat terbatas. Padahal pada awalnya mereka di lahirkan biasa seperti orang yang sihat tubuh badan.
Namun apa yang paling penting di sini adalah saat dia sedang tenat. Kita akan dapati orang itu sukar untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jin-jin peliharaannya sendiri akan membuat keadaannya lebih tertekan, sukar untuk bernafas apatah lagi untuk melafazkan kalimah-kalimah Allah swt. Pesakit itu sendiri akan merasakan kelainannya saat dia di dalam keadaan tidak tentu arah dan gemuruh, menjerit meminta pertolongan. Namun tiada sesiapa pun yang akan dengar jeritannya itu.
Golongan jin ini jika orang itu semasa hayat orang itu belum sempat keluarkan dari tubuhnya melalui jalan Syar'iyyah, maka sudah tentu nanti ianya akan turun ke anak-anak dan keturunan mereka sebagai SAKA