top of page

Bauan Minyak Kasturi mempunyai banyak kelebihan.
 

Dari pengalaman Rawatan Ruqyah saya selama Lebih 13 tahun, Alhamdulillah telah merawat lebih dari 800 orang dengan izin Allah swt, saya dapati golongan jin amat tidak menyukai wangian dari Kasturi lebih-lebih lagi yang berbau citrus seperti Kasturi Lemon, Kasturi Lime, Kasturi Orange, Grapefruit termasuk juga wangian Kasturi Serai. Lantaran itu saya sering syorkan kepada pesakit-pesakit saya supaya membersihkan (mop) lantai rumah mereka dengan wangian seperti ini, tidak ketinggalan juga dengan Dettol ataupun Pine.

 

Kesemua minyak-minyak kasturi yang saya jual ini telahpun saya bacakan padanya :

1) Ayat-ayat Perlindungan termasuk Ruqyah Jibril 2) Ayat-ayat Ruqyah 3) Ayat-ayat Syifaq (Kesembuhan)

 

Oleh itu selain dari memakainya, saya syorkan anda juga boleh mencampurkan Minyak Kasturi di atas itu ke dalam air untuk di spray pada tembok rumah anda (anti clockwise, ikut putaran tawaf) bermula dari pintu masuk sebelah kiri rumah anda.

 

Jika anda hanya ingin memakainya sahaja, saya syorkan anda dapatkan Minyak Kasturi daripada wangian asli seperti Kasturi Kijang dan Kasuturi Putih. Wangian dari campuran kasturi juga amat tidak disukai mereka. Termasuk juga yang dibenci adalah minyak kasturi campuran seperti Kasturi Rose, Kasturi Suci (Taharah), Kasturi Susu. Banyak kelebihan yang terdapat pada wangian Kasturi.
 

Bauan wangi tubuh Rasulullah saw. jadi keistimewaan tersendiri. Bukan hanya tubuh Rasulullah saw yang wangi, keringat beliau pun sangat wangi.

Hal itu terungkap dalam banyak riwayat hadits masyhur dalam kitab-kitab hadits masyhurah pula. Misalnya, dalam hadis berikut:


عَنْ اَنَسٍ قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ ص اَزْهَرَ اللَّوْنِ كَاَنَّ عَرَقَةُ اللُّؤْلُؤِ، اِذَا مَشَى تَكَفَّأَ وَ لاَ مَسِسْتُ دِيْبَاجَةً وَ لاَ حَرِيْرَةً اَلْيَنَ مِنْ كَفّ رَسُوْلِ اللهِ ص وَ لاَ شَمِمْتُ مِسْكَةً وَ لاَ عَنْبَرَةً اَطْيَبَ مِنْ رَائِحَةِ رَسُوْلِ اللهِ ص.

Artinya:
Dari Anas, ia berkata, "adalah Rasulullah saw berkulit putih bercahaya (putih kemerahan), seolah-olah mutiara yang berkilauan. Apabila berjalan, beliau berjalan tegap. Dan aku belum pernah menyentuh sutra tebal atau sutra tipis yang selembut tapak tangan Rasulullah saw, dan aku belum pernah mencium bau minyak wangi misk, maupun ambar yang lebih harum dari pada bau harumnya Rasulullah saw. [HR. Muslim)

Kasturi atau misik juga menjadi minyak kesukaan Rasulullah saw karena aromanya yang lembut, warnanya bening, tak terlalu menyengat sehingga membuat baunya tidak mudah hilang.

An-Nasa’i meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw itu sangat suka sekali dengan misik. Beliau bersabda, "Yang terbaik dari wewangian kalian adalah (minyak) misik."

Jadi, memakai wangi-wangian adalah jelas bagian dari sunnah Rasulullah saw.

Dalam sebuah hadith Nabi saw:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ حَشَتْ خَاتَمَهَا مِسْكًا وَالْمِسْكُ أَطْيَبُ الطِّيبِ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah saw telah menyebut mengenai wanita daripada Bani Israel yang mengisi cincinnya dengan kasturi dan kasturi adalah wangian yang sangat harum. (HR Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah saw telah bersabda:


أَطْيَبُ الطِّيبِ الْمِسْكُ

Maksudnya: Wangian yang paling harum baunya adalah al-Misk (kasturi).(HR Al-Tirmizi)
Telah berkata Abu Isa al-Tirmizi bahawa hadis ini Hasan Sahih.

Kesucian minyak kasturi untuk kegunaan pada wanita juga ada di sebut di dalam sebuah hadis. Mentelah lagi dalam keadaan sekarang kita sedang menjalani ibadah puasa. Penuh dengan bermacam-macam gangguan. Golongan jin, lebih-lebih lagi untuk kes-kes sihir, akan membuat darah haid seolah-seolah sentiasa kelihatan ada, berterusan membuatkan orang itu was-was untuk mandi hadas dan berpuasa.

Dalam hal ini, Rasulullah saw meminta wanita yang berhaid untuk meletakkan pewangi berdekatan dengan alat sulit wanita untuk menghilangkan bau najis darah. Daripada Aisyah r. anha, sabda baginda:


خُذِي فِرْصَةً مِنْ مَسْكٍ، فَتَطَهَّرِي بِهَا

Maksudnya: “Ambil sedikit kasturi dan bersucilah dengannya.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

In sha Allah dengan usaha anda itu anda niatkan juga, jika pendarahan itu berpunca dari sihir, agar dapat Allah swt hentikan ia.

Kasturi juga adalah bauan syurga. Tentang kasturi juga ada di sebut di dalam al Quran di dalam surah Al Mutaffifin :


تَعۡرِفُ فِى وُجُوهِهِمۡ نَضۡرَةَ ٱلنَّعِيمِ (٢٤) يُسۡقَوۡنَ مِن رَّحِيقٍ۬ مَّخۡتُومٍ (٢٥)خِتَـٰمُهُ ۥ مِسۡكٌ۬‌ۚ وَفِى ذَٲلِكَ فَلۡيَتَنَافَسِ ٱلۡمُتَنَـٰفِسُونَ (٢٦) وَمِزَاجُهُ ۥ مِن تَسۡنِيمٍ (٢٧)

Engkau dapat melihat pada muka mereka: Cahaya nikmat yang mereka perolehi. (24) Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya, (25) Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; (26) Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim": (27)

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi saw: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”         
(HR Muslim)

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya:

 

  1. Tidur Dengan Aman

  2. Menenangkan Jiwa

  3. Menghilangkan Ketakutan & Kebimbangan

  4. Menghilangkan Debaran Jantung

  5. Menghilangkan Sesak Nafas

  6. Menghilangkan Perasaan Lelah

  7. Menyadarkan orang pingsan

  8. Menghilangkan Gementar

  9. Di benci Jin dan Syaitan


Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).

Saya sendiri juga menggunakan Minyak kasturi apabila saya keluar pergi membuat rawatan. Pernah suatu ketika saya menggunakan minyak kasturi pada seorang pesakit ketika di ruqyahkan. Saya culitkan sedikit di hidungnya. Kelihatan wajahnya terus berkerut dan hendak muntah. Setelah sedar pesakit katakan tadi beliau menghidu bau yang sangat busuk, seperti bau longkang dan terasa mual sekali.

Dalam hal lainnya, melalui perbualan saya dengan beberapa ekor jin sihir dari kes-kes berasingan semuanya mengatakan mereka tidak suka wangian kasturi. Selepas beberapa kali di tanya dan di desak barulah mereka katakan kerana kasturi mempunyai wangian Rasullullah saw dan ianya adalah juga wangian syurga, justeru itu mereka amat membenci wangian kasturi.

Sebenarnya jika saya pulang dari rawatan sebelah malam, saya akan sapukan minyak kasturi juga bahagian tengkok saya sebelum tidur sebagai ikhtiar in sha Allah agar tidak di ganggu semasa tidur.

 

Dalam satu kejadian bersasingan, seorang pesakit yang telah membeli minyak Kasturi Susu dari saya untuk di dekatkan di bawah hidung isterinya yang ketika itu sedang kerasukan. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, wajah jin tersebut dengan serta merta berkerut, mual, menolak bottle minyak tersebut yang dan terus tersedak keluar dari badan isterinya.

Di sini saya ada menjual Minyak Kasturi dengan berbagai-bagai aroma sebagai ikhtiar sesudah rawatan bukan sebagai shortcut untuk anda tidak perlu menjalani sessi ruqyah. Anda perlu jalani rawatan sessi ruqyah bagi anda yang belum pernah diruqyahkan sebelum ini  dan perlu menjalani sessi rawatan sessi rawatan rawatan susulan sekurang-kurangnya sekali selepas rawatan yang pertama itu. Memakai bauan kasturi ini hanyalah ikhtiar selepas rawatan susulan itu. 

 

In sha Allah, saya telah mendoakan dan membacakan pada minyak-minyak ini :

  • Doa-doa perlindungan dari gangguan jin dan syaitan

  • Ruqyah Jibril

  • Ayat-Ayat Ruqyah

  • Ayat-Ayat Syifaq (Kesembuhan).

 

Sila whatsapp saya jika anda berminat. Harga sebotol untuk 12ml hanyalah $15 sahaja. Semoga ianya bermanfaat untuk semua dengan izin Allah swt.

Sila tekan link di bawah ini untuk mengikuti kes-kes yang melibatkan saya menggunakan minyak kasturi semasa membuat Rawatan Ruqyah :

https://m.facebook.com/groups/2231411866933032/permalink/4875973869143472/

https://www.facebook.com/groups/2231411866933032/permalink/4762820053792188/

https://www.facebook.com/groups/2231411866933032/permalink/4651409614933233/

https://www.facebook.com/groups/2231411866933032/permalink/4620410244699837/

bottom of page