top of page

Ada golongan pesakit beranggapan bahawa rawatan ikut cara Ruqyah amat lambat dan kurang berkesan berbanding dengan rawatan dengan cara yang menggunakan Khadam (Iblis, Jin & Syaitan). Di sini saya sangkal pendapat ini dengan sekeras-kerasnya.

Jika perawat hanya bertawakkal dan berserah pada Allah swt semata-mata, Allah swt akan kirimkan bantuan padanya melalui jalan dan arah yang tidak disangka-sangka.

Saya mulakan dengan Firman Allah swt di dalam Surah al Isra ayat 81.

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا (٨١)

 

Dan katakanlah, “Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sungguh, yang batil itu pasti lenyap.

 

Video ini saya kongsikan sebagai pengajaran untuk memperlihatkan anda tentang Kebesaran Allah swt. Ia bertujuan juga untuk mengingatkan anda semua tentang bahaya syirik dan ancaman dari Allah swt sekiranya ancamanNya diabaikan.

Ini adalah paparan di sebalik tabir apa yang akan berlaku jika anda mengambil Iblis, jin dan syaitan sebagai perlindungan ataupun mengenakan sihir pada orang lain. Sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Iblis, jin dan syaitan pasti akan terima balasan mereka dari Allah swt di dunia dan di akhirat.

Kes Sihir Part 1

Kes Sihir Bomoh 1

Kes Sihir Part 2

Kes Sihir Bomoh 2

Kes Sihir Bomoh 3

Kes Sihir - si Penyihir & Bomoh 

Jin Jenis Ular & Bomoh dari Sulawesi

Penjaga (Saka) dari Keturunan Pendekar 

Keluarkan Barang-Barang dari Badan Sendiri

bottom of page