Panduan Kesembuhan
Orang selalu tanya saya berapa lama masa rawatan saya dan berapa sessi rawatan di perlukan. Jawapan saya sama sahaja. Itu tergantung pada kekuatan dalaman orang itu sendiri. Sebenarnya saya sendiri pun tidak dapat menentukan.
Apakah sebenarnya yang saya maksudkan dengan kekuatan dalaman? Adakah ianya bermaksud kekuatan tenaga? Amalannya? Kekuatan sihirnya?
​
Kenapa si fulan itu dirawat hanya sekali sahaja telah nampak perubahannya yang ketara? Kenapa saya telah berkali-kali dirawat masih lagi dalam keadaan yang sama?
​
Di sini saya senaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kekuatan dalaman orang itu. Ianya sekali gus menjadi penentu samada orang itu berada di jalan kesembuhan (dengan izin Allah swt) ataupun orang itu akan mengambil masa yang penjang dan lama untuk sembuh.
​
Faktor-faktornya adalah:
-
Keredhaan terima ujian ini dari Allah swt dalam apa jua bentuk termasuk Sihir.
-
Kesabaran dalam mengharungi ujian ini.
-
Tiada paksaan untuk dirawat.
-
Menjaga solat
-
Tenang apabila dirawat
-
Kesungguhan untuk mengeluarkan benda-benda sihir tersebut.
-
Jangan cuba hendak sembunyikan sesuatu, berterus-terang. Bagaimana anda cuba selindungkan pun, Allah swt tetap Maha Mengetahui segala sesuatu. Jin dari ilmu-ilmu syirik yang pernah anda ambil akan marah kerana anda tidak berterus-terang pada si perawat tersebut. Apa yang keluar hanyalah jin-jin sihir. Yang lainnya masih lagi berada di dalam badannya dan akan terus memporak-perandakan system badan orang itu.
-
Jika ada pernah mengambil sesuatu ilmu-ilmu syirik itu nyatakan, perbanyakkan istighfar sebelum hari rawatan tersebut dan mohon taubat pada Allah swt.
-
Jangan pernah anda cuba fikirkan anda hendak membuang sesuatu ilmu itu namun mahu menyimpan yang lain.
-
Jika pernah pergi berubat dengan cara yang dengan jelas salah atau mencurigakan, beritahu perawat tersebut. Secara peribadi saya akan niatkan supaya dikeluarkan juga sewaktu rawatan nanti.
-
Jangan pernah sesekali anda bersangka buruk pada si perawat. Anda tidak yakin perawat dapat menolong anda.
-
Jaga lisan dan hati anda. Jangan suka cakap terlepas, mengherdik orang atau memalukan orang.
-
Bagi pesakit-pesakit saya, lakukan apa yang telah saya ajarkan dan pesan. Jangan pernah sesekali leka dan ambil mudah ancaman serta tanda-tanda serangan awal sihir.
​
Sihir hanyalah sihir tidak kira dari mana datangnya, kekuatan sihirnya atau dari bomoh mana sekalipun. Sihir akan menjadi complex dan berat bila mana seseorang itu ada dan pernah mengambil barang sebelumnya. Akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh namun tidak mustahil jika telah benar-benar bertaubat.
​
Akan tetapi keadaan akan menjadi lebih buruk lagi jika orang itu pernah menyihirkan orang sebelum ini. Ini termasuk juga jika ada pasangan yang pernah atau ada mengamalkan sesuatu untuk menundukkan atau membuat pasangannya sayang dan setia padanya. Mungkin dia telah lupa perbuatannya dahulu namun Allah swt tidak pernah lupa. Tiba giliran untuk dia terima sendiri apa yang pernah dia lakukan dahulu pada orang lain.
​
Wanau'zubillahi min dzalik.