top of page

Kes Sihir 1

Satu badan penuh dengan gegata,  lemah anggota badan dan terpaksa berkerusi roda untuk bergerak 
20200807_093354_compress44[1].jpg
20200807_093439_compress95[1].jpg
20200715_085747_edited.jpg
20200715_085720_edited.jpg
Maklum Balas :
Assalamualaikum Ustaz saya dah banyak memperkenalkan kawan-kawan pada ustaz kerana saya yakin suami saya yang tidak boleh bangun berbulan-bulan terbaring di tempat tidur sekarang sudah bertambah pulih seperti biasa dan sudah sebulan bekerja. Alhamdulillah...terimakasih kepada Allah SWT dan juga Ustaz Muallij Mustafa semoga dimurahkan rezeki Aamiin YRA

Kes Sihir 2

Tidak dapat berdiri, hanya baring sahaja. Sekadar boleh duduk sebentar. Terasa seperti ada "current" bergerak di kaki apabila hendak ke bilik air untuk buang air, mandi dan mengambil wudhu
20200805_092607_compress60[1].jpg
Maklum Balas :
Pesakit telah menjalani 3 kali X-Ray namun para doktor tetap tidak dapat kesan penyakitnya itu. 
Semasa rawatan, pesakit muntah dengan banyaknya, ada ketikanya "pesakit" juga menangis. Ketika di bongkarkan dan di buang keluar benda-benda tersebut, pesakit dapat merasa "current" tersebut keluar dari arah kedua-dua kakinya. 

Kes Sihir 3

Kes referral dari social worker di Institute of Mental Health (IMH) yang mendapati pesakit mungkin tiada masalah mental. Pesakit telah di diagnosed para doktor sebagai mangalami Severe Depression dan Anxiety Disorder.
IMH Discharge Patient.jpg
Maklum Balas :
Pada awalnya pesakit agak kurang yakin bahawa beliau di kenakan sihir. Setelah di kenal-pasti tanda-tanda sihirnya seperti :
  • sering sakit kepala
  • dada sering berdebar-debar
  • sakit pinggang 
  • hulu hati pedih
  • sukar bernafas
  • panas baran
  • sering mengalami mimpi-mimpi binatang dan yang menakutkan.
 
Pes​akit pun setuju untuk di ruqyahkan. Alhamdulillah dapat dikeluarkan segala benda-benda sihir dan pesakit telahpun mula kembali bekerja seperti biasa.
​
Para doktor sebenarnya telah menasihatkan beliau supaya jangan bekerja kerana kesihatan mentalnya yang kurang baik, namun saya katakan beliau tiada masalah mental, cuma sekadar di sihir sahaja yang membuat fikirannya terganggu. Alhamdulillah beliau mendengar nasihat saya, mula bekerja dengan melakukan pekerjaan yang mudah dahulu. Selang beberapa bulan kemudian telah mula kembali membawa lori besar seperti biasa.

Kes Sihir 4

Maklum Balas :
Awalnya pesakit mengalami masalah tidak dapat buangan air kecil, sakit pinggang dan belakang badan serta tidak dapat duduk bersila dengan betul

Kes Sihir 5

Maklum Balas :
Awalnya pesakit mengalami masalah bisa pada seluruh anggota badan tidak kira masa serta tidak dapat tidur dengan nyenyak dan aman.

Kes Sihir 6

Kes di mana kucing di dapati oleh tuannya menggigil dan kesukaran bernafas sehingga diperlukan CPR untuk cepat-cepat pulihkannya. Setelah dikenal-pasti ternyata tuannya yang disihir lalu dikenakan juga pada si kucing tersebut.
Maklum Balas :
Assalamualaikum ustaz, terima kasih kerana tolong kami tadi pagi. Alhamdulillah Loki (nama kucing) dah seperti biasa, begitu juga kami. Hanya Allah swt sahaja yang balas kejahatan orang itu. Terimakasih sekali lagi ustaz.

Kes Sihir 7

Akibat terkena sihir, pesakit seorang wanita berbangsa India beragama Hindu telah puas berusaha mendapatkan rawatan dari pelbagai cara rawatan dan juga perawat. Usahanya semua telah menemui kegagalan.
​
Alhamdulillah, setelah mendapatkan rawatan dari saya buat pertama kalinya, beliau rasa sangat lega lebih-lebih lagi di bahagian dada. Matanya yang sebelum ini kabur setelah diruqyahkan menjadi terang. Begitu juga keadaan rumahnya yang setelah dibersihkan juga telah menjadi terang. Beliau dapat tidur dengan begitu nyenyak sekali. Dari segi berlainan pegangan agama, beliau juga merasakan tiada masalah baginya meskipun beliau tidak memahami Al Quran.

Kes Sihir 8

Pada awalnya beliau agak menyangkal (skeptical) tentang penyakit-penyakit yang datang dari unsur-unsur gangguan makhluk-makhluk halus, lebih-lebih lagi sihir. Puas sudah pergi mendapatkan rawatan doktor tetapi para doktor tetap mengesahkan bahawa beliau ok, tiada masalah. Mungkin hanya kecelaruan fikiran. Akan tetapi beliau tetap rasakan ada yang tidak kena pada dirinya setelah semakin hari beliau dapatkan rasakan dirinya semakin lemah.

​

Namun, setelah apa yang berlaku sebelum ini, terutama sekali ketika beliau diruqyahkan, beliau tidak sedar apa yang berlaku ketika itu, tanggapannya tentang pengaruh sihir telah berubah. Beliau sudah dapat menerima hakikat bahawa apa yang berlaku padanya sebelum ini adalah dari permainan sihir yang dikenakan ke atasnya. Sila lihat video yang saya sertakan ini. 

​

Alhamdulillah dengan izin Allah swt beliau telah pun 95% sembuh selepas hanya sekali rawatan. Saya hanya buat sekali sahaja rawatan susulan untuknya bagi memastikan in sha Allah tiada lagi pengaruh sihir.

​

Ada hikmah di sebalik setiap kejadian (blessings in disguise), kebetulan kedua-dua kakaknya pula yang sebenarnya disihir teruk. Yang satu mengalami perut yang adakalanya membesar dan bisa rasanya (busung). Manakala yang satu lagi mempunyai gegata pada kulit yang sangat teruk hingga bengkak, hitam dan bisa apabila berada di tempat kerja. Semalam saya rawat pesakit ini, beliau muntah dengan banyak sekali mengeluarkan lendir yang kekuning-kuningan. Astaghfirullah hal azim.

​

Sesungguhnya Kesembuhan serta Hidayah itu milik Allah swt.

bottom of page