top of page

Persediaan Sebelum dan Sewaktu Rawatan

Tidak semudah perawat datang ke rumah atas undangan anda atau keluarga anda namun anda sendiri sebagai seorang pesakit masih lagi belum bersedia. Lain halnya waktu itu anda telahpun kerasukan atau sudah tidak dapat berfikir dengan rationale lagi.

Mungkin sihir itu baru di kenakan pada anda dan anda masih lagi ragu-ragu samada "betul ke tidak ini sihir, merepek lah. Kalau sihir kenapa masih ok cuma rasa lain sikit je lah.... ". Anda masih lagi ragu-ragu berterusan mencari jawapannya. Kenapa perut anda seperti di pulas atau di tumbuk dari dalam dan sebagainya. Tertanya itu tertanya ini namun anda tetap tidak dapat menerima hakikat bahawa anda di sihir. Sihir itu wujud dan akan tetap wujud dan juga telah di sebutkan pun di dalam al Quran beratus kali. Rasullullah saw juga di sihir ini kan pula kita!

Mengapa tidak anda memikirkan bahawa anda adalah makhluk Allah swt yang sangat lemah, tidak lepas dari berbuat dosa. Maka apabila datang ujian dari Allah swt (dalam berbagai bentuk) terimalah dengan hati terbuka kerana sekurang-kurangnya penyakit itu adalah pencuci dosa bagi anda kerana Allah swt masih sayangkan anda. Maka dengan itu anda di pertemukan dengan Muallij yang in sha Allah dapat membantu anda pada peringkat yang awal anda di sihir.

Ikhlas kan diri anda untuk menerima rawatan bagi mereka yang bakal menjalani rawatan Ruqyah. Ikhlas bermakna anda minta di rawat tanpa paksaan dari sesiapa pun. Sekali lagi, terimalah ini sebagai ujian dari Allah swt, perbanyakkan istighfar sebelum itu, jaga solat anda, jagi lisan dan jaga hati anda. Ramai orang yang di luar sana menghadapi kesukaran sembuh dari sihir meskipun kuat melakukan amalan namun gagal menjaga lisan dan hati. Sering berdoa pada Allah swt agar di permudahkan rawatan anda nanti.

Sewaktu rawatan pula tenangkan diri anda kerana ketenangan itu milik Allah swt. Saya faham sewaktu hendak diruqyahkan dada anda akan berdebar dengan kencang. Itu bukan dari anda sendiri, itu adalah sifat ketakutan dari makhluk-makhluk jin itu sendiri. Kawal ketakutan itu dan tenangkan diri anda. Fokuskan pendengaran anda pada pembacaan Muallij itu. Usah hiraukan keadaan sekeliling anda kerana di waktu itu anda bermunajat pada Allah swt. Anda sedang bersungguh-sungguh dengan sepenuh penyerahan memohon rahmat dan kesembuhan dariNya. Dalam Al Quran Allah swt juga Allah swt ada menyebut apabila anda mendengar pembacaan Al Quran hendaklah anda diam, fokus dan dengarkan baik-baik semoga anda beroleh rahmat dari pembacaan Al Quran itu.

Kesimpulannya, usah di persia-siakan peluang kesembuhan itu bila ia telah tersedia buat anda. Masih terlalu ramai lagi orang-orang di luar sana yang bermasalah mencari huraian tentang penyakit mereka tidak tahu siapa yang mereka hendak cari. Masha Allah, kasihan.

bottom of page