top of page
Sihir Pemisah atau Sihir Penceraian
Benarkah kes-kes penceraian ada yang bersangkutan dengan gangguan dari makhluk-makhluk halus?
Jawapannya ya. Tidak keterlaluan jika saya katakan dalam 70% dari kes-kes penceraian adalah dari unsur-unsur sihir. Kita kenalinya dengan nama Sihir Pemisah.
Jika kita rujuk di dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 102, Allah swt berfirman:
فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّ
Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Harus diingat bahawa jika Sihir Pemisah dikenakan pada kedua-dua suami isteri itu, maka yang pasti kedua-dua mereka akan dikenakan sihir bersama, bukan seorang sahaja dari mereka. Maksudnya tidak akan berkesan untuk menyebabkan penceraian jika hanya seorang sahaja yang terkena sihir.
Antara sebab-sebab penceraian yang berlaku itu termasuklah masalah :
1.kewangan
2.tiada persefahaman
3.orang ketiga.
Saya huraikan sedikit seperti berikut:
1) Masalah kewangan – sihir boleh dikenakan untuk tujuan menutupi rezeki orang itu. Sihir akan membuat orang itu di buang kerja kerana malas, kerap sakit, banyak buat kesilapan di tempat kerja dan juga tidak dapat fokus dalam pekerjaan.
Selanjutnya akan timbullah kebosanan antara pasangan suami isteri tersebut, stress dan lambat-laun akan berakhir dengan penceraian.
2) Tiada persefahaman – sihir boleh menimbulkan rasa kebencian secara mendadak yang teramat sangat terhadap pasangan tersebut.Perkara yang paling pertama sekali berlaku adalah dengan perubahan sikap. Golongan jin yang telah memasuki badan mangsa akan mempengaruhi tabiat kehidupan dan amal ibadah mangsa tersebut.
3) Orang ketiga – banyak di kalangan kes-kes orang ketiga ini ada melibatkan sihir. Hal ini dapat dikesan dengan perubahan sikap secara mendadak, cinta yang menggunung pada orang ketiga tersebut. Terlalu banyak wang di habiskan pada orang ketiga itu, baik dari segi gaji bulanan, wang simpanan dan juga CPF. Mangsa sihir itu juga akan menghabiskan masa dengan orang ketiga itu tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Sejurus terima sahaja panggilan talipon atau whatapp, pasti dia akan terus bergegas keluar untuk berjumpa dengannya. Dia akan rasa "tenang" di luar rumah daripada berada di rumah.
Di samping itu juga, jika sang suami yang dikenakan sihir, si isteri akan rasa benci bila lihat wajah suaminya. Perkara-perkara yang remeh-temeh (masalah kecil) akan menular menjadi pergeseran yang besar. Saya selalu berikan contoh; kipas yang terbiar lupa di matikan boleh menjadi perbalahan besar.
Mangsa yang dikenakan sihir itu mungkin tidak sedar kerana mereka masih lagi boleh solat, berzikir dan membaca Al Quran seperti biasa. Jika ditegurkan tentang sikapnya yang berubah secara mendadak nanti, pasangan itu akan menafikannya, apatah lagi jika disyaki dirinya disihir. Semakin marah lah lagi dia. Kononnya orang yang percaya pada sihir itu adalah orang-orang yang kolot pemikirannya.
Saya berikan beberapa contoh kes-kes Sihir Pemisah yang pernah saya kendalikan:
1) kes 1 : sepasang suami isteri dikenakan Sihir Pemisah, yang sudah di ambang penceraian, si isteri juga pernah bermimpi sebanyak 2 kali di perkosa oleh seekor binatang. Baginya itu adalah mimpi yang tidak masuk akal, kelakar katanya. Namun untuk pengetahuan anda, sebenarnya itu adalah jin yang sangat sayang padanya. Dia menjelma sebagai binatang, bermesra dengannya di alam mimpi. Apa yang di takuti nanti, dia akan datang dalam alam nyata lalu menjelma sebagai suaminya dan bersatu dengannya pula! Wanauzubillahi min zalik.
Jin-jin seperti akan merosakkan lagi hubungan suami isteri tersebut dan akan memberontak tatkala disuruh keluar dari badan pesakit. Apabila di ruqyahkan jin tersebut menangis. Pada mulanya dia enggan melepaskan pesakit tersebut kerana sudah menganggap pesakit itu kepunyaannya. Namun setelah di pujuk, Alhamdulillah, dia bersetuju untuk di keluarkan. Allahu Akbar!
2) kes 2 : sepasang suami isteri yang berpisah dan suami telah melepaskan talak tiga. Beliau pun tidak tahu kenapa beliau buat begitu sedangkan dia masih sayangkan bekas isterinya itu. Ketika hendak dirawat (dalam perjalanan pun) mereka tetap bergaduh. Ketika diruqyahkan ternyata memang kedua-duanya disihir. Mereka berdua muntah dengan teruk, banyak sekali.
Seperti yang saya katakan dari awal tadi. Sihir boleh menyebabkan penceraian dengan izin Allah swt. Penceraian bermaksud bercerai hidup mahupun mati. Jika ditakdirkan ajalnya sudah sampai, mangsa sihir itu akan mati.
Maksudnya dalam kes-kes sebegini, sihir akan dikenakan sebagai Sihir Penyakit. Ini akan memakan masa dalam beberapa tahun (mungkin 5 hingga 6 tahun) untuk menular menjadi penyakit serious yang boleh membawa maut jika tidak dirawat ie tidak dirawat dengan betul.
Antara penyakit-penyakit serious yang lazimnya menular akibat sihir adalah :
1. HEART ATTACK
2. PNEUMONIA
3. CANCER
4. BUSUNG
Anda akan dapati orang-orang yang dikenakan sihir ini sebelum jatuh sakit chronic ini akan mempunyai banyak masalah :
1. di tempat kerja. Performance menjunam dengan mendadak. Kerap ambil MC. Banyak buat silap. Bergaduh atau biadab dengan customers.
2. di rumah. Anak-anak serta pasangan banyak buat masalah. Stress bila berada di rumah.
3. sukar dan malas untuk melakukan ibadah.
4. gangguan emosi, kemurungan dan suka bersendirian.
5. keadaan physical yang tidak terurus. Sentiasa malas, keletihan dan tidak bermaya.
Kasihan saya lihat kes-kes sebegini di mana pasangan, khususnya ibu-ibu muda yang mempunyai anak-anak yang masih kecil meninggal dunia di awal-awal usia akibat sihir yang tidak dirawat dengan betul. Apakan daya, saya tidak dapat mendekati pesakit-pesakit sebegini ketika hidupnya dahulu (ie ketika mereka sedang sakit). Takut-takut nanti di salah erti kan pula. Maklumlah tidak ramai yang dapat terima kewujudan sihir ini dalam dunia modern ini. Di dalam al Quran, Allah swt sebut perkataan sihir itu lebih dari 50 kali! Jadi untuk orang-orang yang menyatakan sihir ini tidak wujud ataupun telah ketinggalan zaman, saya kurang pasti dari asas mana yang mereka berpandukan.
Jadi saya syorkan jika anda mempunyai keluarga, sanak sandara serta sahabat handai yang mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas tadi, sila lah rujuk kepada saya. Bagi saya tidak salah pun jika anda ikhtiarkan untuk mendapatkan pandangan alternative. Semoga Allah swt memberikan jalan keluar yang terbaik bagi setiap masalah kita.
Aamin ya rabbal alamin. Wallahu a'lam.
bottom of page