SAKA atau PENJAGA (Jin Keturunan)
​
Masih ramai lagi orang yang kurang faham tentang Saka sehinggakan ada yang mempunyai pendapat yang salah baik dari segi syarak mahupun logik.
Saka adalah jin peliharaan yang di ambil dari datuk moyang kita dahulu atas alasan-alasan tertentu di sertai dengan perjanjian-perjanjian yang di meterai dengan bomoh untuk beberapa keturunan. Ada yang di ambil sebagai penjaga diri, kebun, rumah, keberanian, menggerunkan musuh termasuk juga menyelam kerana bekerja sebagai nelayan. Namun akhirnya Saka ini juga mendatangkan sendiri kebinasaan kepada pemilik serta keluarga dan keturunannya.
Saka perlukan tuan kerana perjanjian yang di buat dahulu. Meskipun masyarakat Melayu Islam sudah mulai sedar tentang kesyirikannya, namun begitu ada juga golongan yang masih menjadi Pak Sanggup? Apakah ia hanya kerana kita tidak tergamak melihat si fulan itu sengsara akibat sakit misteri lalu kita pula dengan rela hati sedia menerimanya? Kita tahu benda itu haram dan akan membawa padah, mengapa kita masih lagi mahu mengambilnya?
Ada yang menganggap "as long as it's good for me I will keep it". Saya pernah terdengar ungkapan ini dari beberapa pesakit saya. Lalu saya terpaksa terangkan padanya tentang dosa besarnya menggunakan khidmat jin biarpun ia Jin Islam, baru lah beliau sedar, faham dan dengan tegas mahu mengeluarkan nya.
In sha Allah tidak akan berlaku apa-apa pada pesakit yang di rawat untuk mengeluarkan Saka, Ada yang berfahaman jika Saka di keluarkan orang itu akan mati. Mati adalah ketentuan Allah swt, bukan kerana di keluarkan Saka tersebut maka orang itu akan mati. Usah lah terus di momokkan dengan pendapat yang bukan-bukan yang pernah kita dengar dahulu.
Saka boleh di keluarkan dengan izin Allah swt melalui pemutusan perjanjian yang pernah di meterai dahulu. Saka atau lebih di dikenali sebagai "Penjaga" saat orang itu diruqyahkan memang agak sombong dan aggressive sedikit namun in sha Allah dengan penyerahan dan tawakkal kita pada Allah swt in sha Allah mereka tetap akur dan akan keluar juga ahkirnya asalkan orang itu tidak mahu memilikinya dengan penuh ketegasan.
Ada ramai orang yang tahu mereka ada memiliki Saka dan tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan Saka tersebut atau tidak tahu siapa yang harus mereka jumpa untuk memutuskan perjanjian dan mengeluarkan Saka tersebut. Ada yang berpendapat perlu dikumpulkan kesemua anggota keluarga untuk merawat kes Saka itu. Dari pengalaman saya itu tidak perlu.
Namun begitu ada terlalu ramai lagi orang yang tidak tahu mereka memiliki Saka. Antara tanda-tanda seseorang itu memiliki Saka adalah:
• Mimpi mendukung atau menyusukan bayi
• Mimpi menerima barang
• Panas baran dan sombong
• Akan ada hari-harinya di mana orang itu akan mengerang atau menurun dengan tiba-tiba
• Dapat melihat makhluk-makhluk halus yang di sangkakan mereka sebagai anugerah dari Allah swt tetapi sebenarnya mereka sedang sakit.
• Rumahtangga menjadi panas, kerap berlaku persengketaan.
• Keluarga jadi kocar-kacir. Anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata.
• Sukar melakukan ibadah
• Ada anggota keluarga yang cacat anggota dan akal (physical and mental illness) kerana imbalan (sacrifice) Terdapat juga kemurungan (depression and anxiety disorder) dalam anggota keluarga dalam kes Saka ini.
• Ada juga jenis imbalan yang menyebabkan anggota keluarga serta keturunan tidak panjang umur dengan izin Allah swt