top of page

Sihir secara Umumnya

 

Masih kah ada lagi orang yang mengamalkan sihir atau menyihirkan orang zaman sekarang, khasnya di Singapura ini?

Negeri yang membangun dengan pesatnya dengan teknologinya yang terkini (state of the art), masih ada ke sihir ini? Jika jawapan anda itu tidak, maka jawapan anda itu salah sama sekali. Jika jawapan anda ya, masih ada tetapi tidak banyak, anda juga silap.

Seperti di Indonesia dan Malaysia, Sihir atau Santau di Singapura juga sangat berleluasa kerana ramai orang di sini yang tidak peka dengan perkara ini, ada yang anggap ianya karut dan ada juga yang 50-50 antara percaya dengan tidak. Hakikatnya bila diri sendiri terkena orang-orang seperti ini tidak dapat terima. Maklumlah telah banyak melakukan amalan, sihir pasti tidak akan tembus atau mungkin mereka berasa mereka tiada musuh, sangat menjaga lisan mereka. Pasti mereka tidak akan di kenakan sihir. Apakah mereka lupa bahawa sihir itu datang sebagai satu ujian untuk menguji seteguh mana keimanan mereka?

Firman Allah swt dalam surah Al Ankabut ayat 2 - 3 :

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

 

Apabila datang ujian sebegini, siapakah yang akan mereka dapatkan rawatan, secara Syar'iyyah atau Syirkiyyah? Cari Muallij atau Bomoh? Sudah tentu kedua-duanya mereka akan bersandarkan iktikad yang menyembuhkan itu adalah Allah swt. Namun tidakkah mereka tahu bahawa Matlamat tidak Menghalalkan Cara? Andai cara jalannya syirik, bermakna mereka telah melakukan dosa syirik, iaitu dosa yang amat besar.

 

Berkenaan dengan penyakit-penyakit yang melibatkan gangguan makhluk halus, kalau boleh saya bahagikan kepada beberapa pecahannya:

1) Sihir atau Santau pada individu (semestinya di kenakan juga pada pasangan serta keluarganya). Sihir ini sendiri ada banyak lagi pecahannya.

2) Orang-orang yang mengamalkan atau mengambil ilmu-ilmu kebatinan, kedukunan, ilmu-ilmu seperti Pengasih, Penunduk atau Penggerun dan sebagainya

3) Saka Keturunan. Ia akan melibatkan ramai anggota keluarga serta susur jalur keturunan akan bermasalah sekiranya tidak di keluarkan dengan betul

4) Sihir Perniagaan. Ia akan di kenakan pada perniagaan itu termasuk lah juga dengan menyihirkan bukan setakat kedai atau pejabat itu malahan juga empunya perniagaan itu. Ini termasuk lah juga kedai-kedai yang menggunakan Pelaris. Di Singapura juga kedai-kedai yang menggunakan Pelaris memang terlalu banyak. Kalau mereka orang kafir saya faham, tetapi ini orang Islam!

5) Gangguan makhluk halus. Mereka yang suka pada individu itu ataupun orang yang menceroboh masuk atau terlanggar tempat kediaman makhluk-makhluk halus itu.

Dari pengalaman serta penilaian saya, jika ada 100 orang Muallij yang active merawat berlandaskan Syar'iyyah (tanpa menggunakan khadam atau jin)  pasti tidak juga mampu merawat kerana jumlah orang-orang yang berpenyakit spiritual ini terlalu ramai, itu pun jika orang ramai di luar sana tahu masalah sebenar mereka.

Lebih tepat lagi saya katakan jumlahnya mungkin paling sedikit satu pertiga jika saya ambil contoh orang Melayu di Singapura sahaja.

Wallahu a'lam 

bottom of page