top of page

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus, Saka dan Sihir

​

1) Sering sakit kepala, bahu, dada, perut, pinggang atau lutut.

2) Badan terasa lemah, bisa-bisa, berat dan malas.

3) Dada sering berdebar-debar tanpa sebab.

4) Sukar tidur malam. Sering mimpi binatang-binatang buas dan juga binatang-binatang seperti kucing, monyet, ikan.

5) Mimpi jatuh dari tempat tinggi, menaiki kenderaan, rumah, kolam atau laut, tempat kotor dan tandas.

6) Mimpi dukung atau menyusukan bayi.

7) Sering mimpi orang yang berjubah dan orang-orang yang sudah meninggal dunia.

8) Panas baran. Kemarahan yang tidak terkawal. Hanya di sedari oleh orang-orang yang terdekat sahaja.

9) Sering sendawa-sendawa.

10) Cepat lupa dan kerap berubah-ubah sikap, suka berkhayal, bersendirian di dalam bilik gelap. 

11) Hilang fokus dalam pekerjaan atau terasa begitu berat atau malas untuk ke pejabat.

12) Batuk kering yang berpanjangan.

13) Sakit kulit yang tiada kesembuhan meskipun telah mendapatkan rawatan pakar.

14) Sering melihat kelibat hitam, mendengar bunyi goli jatuh, seretan almari, tapak kaki orang berlari, bunyi paip air dan bunyi benda berat jatuh.

15) Sering hidu bau busuk, wangi, najis, hancing, asap rokok, getah terbakar, hanyir atau bau gas.

16) Rumah sering di masuki serangga seperti cicak, kumbang, belalang, kupu-kupu, lipas, lipan atau lebah.

17) Nasi yang di masak tidak tahan lama, cepat basi.

18) Pendarahan haid yang berpanjangan serta darah yang kehitam-hitaman.

19) Kemurungan (Anxiety Disorder and Depression)

​

bottom of page