Wafaq : Bahaya Syirik
Wafaq adalah sekumpulan huruf atau potongan kalimat membentuk suatu gambar tertentu yang mempunyai kuasa ghaib (berkhodamkan Iblis, Jin dan Syaitan) menjadi sebagai penyembuh penyakit, perlindungan dan keselamatan, pelaris perniagaan dan pengasihan. Bentuk dan jenis hurufnya bermacam-macam, ada yang dapat dibaca dan ada yang hanya berupa huruf saja, simbol-simbol yang hanya diketahui oleh si pembuatnya sahaja. Ada yang mempunyai gambaran dan berbentuk seperti bulatan, kotak, segitiga, bentuk binatang dan sebagainya.
Cara pengunaanya pula ada yang di campurkan ke dalam air putih untuk diminum, mandi, ada yang di gantung di dalam rumah sebagai pendinding, di kedai sebagai pelaris dan ada pula di dalam dompet untuk apa sahaja yang diniatkan itu.
Dalam penulisan rajah perlu ada syarat-syarat tertentu yang aneh-aneh seperti masa-masa tertentu, khusyu’, penahanan nafas dan nafas harus keluar cepat, wirid-wirid pelik dan sebagainya. Anda lihat sahaja ritual yang aneh yang mereka persyaratkan ketika membuat rajah. Dari mana para dukun tersebut mensyariatkan adanya ibadah tertentu dalam penulisan rajah itu?
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ
“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (Surah Asy Syura ayat 21).
Ibnu Mas’ud ra berkata bahwa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
“Sesungguhnya mantera-mantera, jimat-jimat dan pelet adalah syirik” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Hadis ini menambahkan bahwa wafaq apapun untuk mengikat kasih sayang suami isteri atau kasih sayang antara keluarga walau dalam apapun bentuknya, baik susuk ataupun bulu perindu juga termasuk perbuatan syirik.
Meyakini bahwa azimat atau rajah itu yang mendatangkan kesembuhan dan kekuatan, bukan dari Allah swt, ini lebih teruk lagi karena orang yang meyakininya telah terjerumus dalam Syirik Akbar yang mengeluarkannya dari Islam. Sedangkan yang menggunakan wafaq diniatkan sebagai suatu ikhtiar sahaja sudahpun termasuk kepada Syirik Ashgor (syirik kecil). Namun Syirik Kecil tetap lebih parah dari dosa besar!
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.”
(Surah An Nisa ayat 48)
Bahaya menggunakan Tangkal dan Wafaq
Selain dari ianya syirik, orang yang menggunakan tangkal, wafaq atau ada mengambil atau mengamalkan ilmu-limu kebatinan akan mendatangkan kesan yang sangat buruk pada dirinya, keluarga serta anak cucu keturunannya nanti :
-
Kemarahan pada diri yang tidak terkawal sehingga ke tahap menumbuk tembok batu dan menendang pintu kayu hingga pecah.
-
Mempunyai personaliti atau karakter yang berbeza-beza dengan sekelip mata.
-
Keruntuhan rumahtangga
-
Anak-anak menjadi liar ataupun ada yang mengalami kecacatan anggota badan mengikut imbalan serta perjanjiannya yang dimeterai sewaktu ilmu, wafaq atau tangkal itu di ambil sehingga ada yang membawa kepada kematian.
-
Anggota keluarga mudah jatuh sakit dan keluar masuk hospital
-
Mudah berlaku pergaduhan sesama anggota keluarga
-
Aura rumah akan menjadi gelap, panas, usang dan sentiasa mempunyai bauan yang tidak enak.
-
Ianya lambat laun akan memakan diri orang yang mengambilnya, akan di rosakkan system badannya. Orang itu akan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Antara penyakit yang sering terjadi adalah sakit jantung / serangan jantung.
-
Sukar untuk menghembus nafasnya ketika sedang nazak.
-
Apabila mati kelak khodam-khodamnya akan turun kepada anak cucu keturunannya sebagai Saka keturunan kerana jin-jin itu perlukan tuan. Ini juga yang menyebabkan keturunannya mudah jatuh sakit, para doktor kenali ianya sebagai penyakit genetics.
Peringatan : Perlu di ingat orang-orang yang pernah mengambil ilmu-ilmu kebatinan atau kesaktian ini perlu dikeluarkan benda-benda tersebut dari badannya, bukan sekadar hanya bertaubat dan tidak mengamalkannya lagi lalu benda-benda itu akan keluar secara automatik